BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 27, 2010

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada anak didiknya sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas pegangannya. Seseorang pendidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling efisyen bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid- muridnya. Secara umumnya, pengajaran ialah penyampaian maklumat dalam pelbagai peringkat pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala pembelajaran pula adalah perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang diperoleh melalui pendidikan. Namun, dalam konteks pendidikan, pembelajaran membawa maksud perubahan tingkah laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui proses pendidikan.

Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:
  1. Teori pembelajaran behavioris
  2. Teori pembelajaran kognitif
  3. Teori pembelajaran konstruktivisme
  4. Teori pembelajaran sosial dan 
  5. Teori pembelajaran humanis
Setiap jenis teori pembelajaran tersebut mempunyai prinsip dan pemfokusan yang berlainan. Malah, hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Contohnya, teori behavioris yang berpecah kepada tiga cabang iaitu, teori pelaziman klasik, teori pelaziman tingkah laku dan teori pelaziman operant. Jika kita mengkaji dan memahami teori-teori tersebut, sangat jelas dan nyata, idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan.

0 comments: