Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:
Friday, August 27, 2010
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada anak didiknya sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas pegangannya. Seseorang pendidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling efisyen bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid- muridnya. Secara umumnya, pengajaran ialah penyampaian maklumat dalam pelbagai peringkat pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala pembelajaran pula adalah perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang diperoleh melalui pendidikan. Namun, dalam konteks pendidikan, pembelajaran membawa maksud perubahan tingkah laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui proses pendidikan.
Setiap jenis teori pembelajaran tersebut mempunyai prinsip dan pemfokusan yang berlainan. Malah, hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Contohnya, teori behavioris yang berpecah kepada tiga cabang iaitu, teori pelaziman klasik, teori pelaziman tingkah laku dan teori pelaziman operant. Jika kita mengkaji dan memahami teori-teori tersebut, sangat jelas dan nyata, idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan.
Posted by Dila-Teha at 5:39:00 AM 0 comments
SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WASAHLAN!
Tahniah kepada anda kerana telah berjaya melayari blog ini dan terima kasih kerana sudi untuk melayarinya. Semoga apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu memberikan makna kepada anda semua. Selamat berlayar.
Posted by Dila-Teha at 4:38:00 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)