JADUAL ANALISIS TEKNIK SWOT |
Monday, October 4, 2010
Tuesday, September 21, 2010
TEORI SKINNER - PELAZIMAN OPERAN
Peneguhan Positif |
Peneguhan Negatif |
Dendaan |
Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputerakan diadakan.
- Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
- Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan
- Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
- Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
- Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
- Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.
Posted by Dila-Teha at 4:37:00 AM 1 comments
TEORI THORNDIKE - PELAZIMAN OPERAN
Pada tarikh 29 Ogos 1900, beliau berkahwin Elizabeth Moulton dan mereka mempunyai lima anak. Thorndike lulus dari Sekolah Latin Roxbury (1891), di West Roxbury, Massachusetts, Wesleyan University (BS 1895), Harvard University (MA 1897), dan Columbia University (PhD. 1898). Setelah lulus, Thorndike kembali ke minat awalnya, Pendidikan Psikologi. Pada tahun 1898 ia menyelesaikan PhD di Columbia University di bawah pengawasan James McKeen Cattell, salah seorang pengasas psikometri. Pada tahun 1899, selepas satu tahun tidak bahagia bekerja di College untuk Perempuan dari Case Western Reserve di Cleveland, Ohio, beliau menjadi pengajar psikologi di Teachers College di Columbia University, di mana ia tinggal selama sisa kerjayanya, mempelajari manusia belajar, pendidikan, dan ujian mental. Pada tahun 1937 Thorndike menjadi Presiden kedua Society Psikometri, mengikuti jejak dari Louis Leon Thurstone yang membentuk masyarakat dan syarikat jurnal Psychometrika tahun sebelumnya.
Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.
HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
Hukum Kesediaan merupakan keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu:
- Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan.
- Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
- Apabila seseorang pelajar tidaak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak baals yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya pasangan rangsangan-gerak balas (stimulus-response) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan tinggi kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa akan datang.
Hukum Pembelajaran Thorndike IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P&P |
Posted by Dila-Teha at 3:24:00 AM 0 comments
TEORI WATSON - PELAZIMAN TINGKAH LAKU
Posted by Dila-Teha at 3:02:00 AM 1 comments
TEORI IVAN PAVLOV - PELAZIMAN KLASIK
Diskriminasi
Penghapusan
Penguasaan atau Pembelajaran Semula
IMPLIKASI TERHADAP P&P
Posted by Dila-Teha at 1:48:00 AM 0 comments
Friday, August 27, 2010
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:
Posted by Dila-Teha at 5:39:00 AM 0 comments
SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WASAHLAN!
Tahniah kepada anda kerana telah berjaya melayari blog ini dan terima kasih kerana sudi untuk melayarinya. Semoga apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu memberikan makna kepada anda semua. Selamat berlayar.
Posted by Dila-Teha at 4:38:00 AM 0 comments